Monday, December 29, 2008

pmr result

kepada adek gemok yang aku sayang,

semoga dapat keputusan cemerlang esok!

8A kot?
haha,jangan jadi cam abang abang ang yg kurang bijak sket.haha.

ni ha gambaq dia.



goodluck!
insyaAllah!

Sunday, December 28, 2008

selamat tahun baru!

sempena 1 Muharam 1430
mesti la nak cakap pasal tahun baru,azam aku tahun baru ni,
tak lain tak bukan,

tanak tinggal sembahyang.

ade la lagi kan azam azam kecil,
tapi yang aku taip kat atas tu,
aku punya main azam.
tertinggi dalam list.

InsyaAllah,
akan ku usahakan bersungguh sungguh.

macam macam alasan dah ada skarang ni,
kerja banyak lah,
tak cukup tido lah,
yang itu, yang ini,
macam macam lah.
soooo.yeah.tu azam aku.
tanak tinggal sembahyang.

dulu boleh,kenapa skarang tidak?
sebab dulu duduk kat rumah keluarga?
rumah yang ada mama and abah nak kejut bangun subuh,
nak ingatkan bila dah zohor,
nak cubit bile tido time asar,
nak tenung ujung ujung mata masa tengok tv time maghrib,
nak tanya "dah isyak dah?" sebelum kita tidur?

insyaAllah,

"Ya Allah, tolong lah hamba mu yang pemalas ni.buka kan lah hatiku, keluargaku, kawan kawanku untuk taat mengamalkan perintahmu Ya Allah."
amin amin amin.

selamat tahun baru!
[^_^]

doa awal dan akhir tahun

dah nak tahun baru kawan kawan!

ni ha,just nak share.
baca doa akhir tahun lepas asar,

link doa ade kat sini.aku search tadi.

doa akhir tahun

pehtu doa awal tahun plak,
bace lepas maghrib.

ni link doa tu

doa awal tahun

baca jangan tak bacaaa!
selamat tahun baru!

Wednesday, December 24, 2008

dont worry, im okay...kot?

mama,
nak duit belanja boleh tak?
i got no money left.
none at all.

i love u.
n abah to.
i love u too.

segan nak mintak,
seryes segan.

mama tak baca kan blog ni?
hope so.

:)

Saturday, December 20, 2008

im burned too!

same plak ngan aifaa punye entry.bezanya, dia pegi tengok
surf competition, and aku plak enter competition.

aku main bola untuk fakulti aku,yang best nya, the first game start kol 10, which the condition was very, very, very, i mean, VERY panas. like seriously panas punye panas.hah.aku dah cube terangkan gila gila dah ni.memang panas terik. tu game yang start at 10, 2nd game kitorang, start at 1pm. kalau yang start at 10 am tu dah panas, baaaayannngg kannnnnnn. betapa di hydrated aku.lari lari lari, tercungap cungap macam kuda.tercungap cungap je la yang macam kuda. lari nya tak laju macam kuda pon.

itam dah aku.seryeees.shit men.tah bile lak nak ilang dua kale berbeza kat badan aku kali ni. daiiyuumnnn.

kekaseh kekaseh hati, jangan lari bila nampak aku, bagi aku masa untuk pulih.hahha. aku masih irwan yang korang sayanng.
:P

chioooooww!
hangat.nak mandi.

Friday, December 19, 2008

hello there december.

haha,its been a while kan? i was so busy, with work dan sebagainya.remember the thing yang menyerikan rumah aku?ni ha beliau. a kitten!

my moom call him SHAGGY. i dont know why, but its SHAGGY.ahha.

he sleeps like me.hahha.


*dont mind the semakness background.
aint it cute? here's a video of him, while eating.

video

sooooo~what do u think?haha.comelllllllllllllllllllllllll takkk?

Monday, December 8, 2008

raya.aidiladha

aku menyesal tak makan masakan mama banyak banyak tadiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!

sebabnya?
nak berkejar pulang balik ke cyber.
sebabnya?
ada submission esok.
babi.hah.babiiii.
menyesai.
aku menyesaiii.

selamat hari raya.

Sunday, December 7, 2008

cuti cuti cutiNYOOOOO

haha,aku tergelak dengan aku punya tajuk entri aku sendiri.yang paham,paham lah.yang tak paham,buat buat paham sudahh.haha.

haa.arini ari ahad.dan aku mengupdate blog aku arini.tadak kena mengena kan?aku tau.haha.im in penang for hari raya aidiladha, esok hari. hari jumaat aku bertolak dari cyber, and esok petang, around 3 i guess,ill be heading back to cyber.haishhhh~

haaa,cuti,tak macam cuti. kena buat kerjaaaa. aku tengah cuba siapkan sri aku arini,suuupayaa,esok aku bleh rayaaaa!haha,terus berusaha.berusaha.berusahahahaha.tension,biasalah.tapiii.ada penyeri baru dalam rumah aku kat penang.nanti aku akan aku post satu entri,apakah penyeri itu. till thennn,

selamat hari raya aidiladha!

Thursday, November 27, 2008

goodbye dear,



ringgo
,died last tuesday.sedehhhhh.saket,cant pee.

bye,
bye dear pet.
loved u,
and love u still.


:(

Tuesday, November 18, 2008

perpustakaan oh perpustakaan

hahah.lawak lawak,dah la this is the first time nak masuk perpustakaan setelah sekian lama,
jadi plak perkara yang aku dah sangka akan terjadi.

what happen?
haha.aku ngan aman pegi bersembang ngan mr bad,abang kepada firdaus hashim yang juga merangkap lecturer aku.pegi mintak advice sket pasal fyp topik kitorang,
dah lepas tuh,kitorang pon terus nak ke perpustakaan la kan.mengikut cakap lecturer la katakan,
nak pegi cari bukubuku nak buat research.haha.aku kena halau woih.

aku: bleh masuk ka ni aman.kita pakai selipar ni.

aman: hah.tu ada org pakai selipar.bleh kot.kita try lalu dulu.

aku: orite.jom.

[menuju ke arah pintu perpustaakan dan terus masuk]
[makguard tengok aku]
[aku pun tengok makguard]

makguard : takleh masuk ni adik [sambil tgk kaki aku]

aku : hah?haha.taleh ke?[sambil tgk kaki aku,dan cari aman]

aman : [dok gelak gelak kat luaq]

aku : [aram aman kat luaq]haha.ok ok.taleh masuk eh?ok ok.

makguard cun : [gelak gelak]

makguard tak cun : balik dulu ya adik,tukar kasut.

aku : hahha.ok.ok.[beredar dengan rasa malu sikit]

haha.tahi betul.dah la semangat tetibe nak pegi perpustakaan,tapi kena halau plak.haha.
bile lagi nak pegi?hah.tengok la nanti kalau dah rajin!

^_^

Sunday, November 16, 2008

penat

please,please please.
aku dah taleh nak terima benda benda camni.
penat.penat.penat.
benda apa?
hah.
korang pk la sendiri.
takperlu la aku nak cakap rasanya.
yang penting nya,diri aku.
diri aku sendiri.
kan?
tak betul apa yang aku kata?
terlalu memikirkan yang lain,
diri sendiri yang merana,
perasaan,
hati,
duit ringgit,
masa,
dan sebagainya.
kan?

penat penat penat.

Saturday, November 15, 2008

shooting day!

its shooting day! my ex boss, the one masa praktikal, kak azni mintak kitorang,aku ngan boy jadi talent untuk MIMOS punye corporate video.hehe.kene act as a student je. the best we can do la kan?hahha.kol 8 pagi dah terpacak kat stesen lrt bukit jalil.the best thing is, aku ngan boy food poisoning.haha.u know what is like la kan.nak sarapan pon takut.kang teburai masa tengah shooting,sape susah?tanak aku.hahaha.tunggu punye tunggu,start shooting around 10 am. sekitar lrt tu ngan dalam the tren itself.masa dalam tren tu segan gak ah en.haha.im was so malu.ye la kan.orang tengok la,ape la.tapi takpe.kitorang dibekal kan dengan seorang bodyguard.haha.cool tak?jalaludin hasan pon belum tentu ada bodyguard kalau dia naik lrt.haha.ape lagi,kitorang buat relek je la kan.haha.abes shoot around 3,terus ke sunway,dah janji ngan lille nak jumpe.lepaklepak situ jap,then balik.ohhh.penat.

bai bebeh.nak baringbaring now.pening sudah.

Friday, November 14, 2008

argh~

saaaket pinggang!

Sunday, November 9, 2008

ceritera bandung

6th and final day in indonesia.

huarghhhhhhhhhh.sejuk,sakit badan.ada breakfast pagi ni.haha.free for 2 person.aku memang macam biasa la en.bangun awal dari suma orang.dahtu duduk macam orang bodo.haha,tetiba yap bangun,tengok aku,pehtu berbisik.mulut dia cam ni "jom breakfast".hahha.tahi betui budak ni.bangunbangun ajak aku breakfast.yeen dah banyun sebelum yap,tapi dia tak ajak aku breakfast pon.sapa soh.hahha.aku ngan yap pon turun,hahh.best.makan macam lembu.tengahtengah makan,kami seludup hotdog.ingat nak bawak naik atas untuk kawankawan lain.tengoktengok diorang turun bawah.haha.dengan hotdog dok ada dalam yap punya seluaq,hahha.kelakar.rasa bersalah sikit.haha.

lepas makan kami mandi pooooll!hahhaa.lama dah tak swimswim.lepas gian kejap,naik atas,kemaskemas barang.check out bebeh.kami tinggalkan beg kat luggage room,pegi pasar festival kejap.sempat lagi tu.i know,hgahha.beli cd lagu hits terbaru indo,ah,best lagulagu baru ni,
penah dengar lagu afgan?terima kasih cinta?sedappp.aku suka.lagu nidji?laskar pelangi?sedap jugak.ada banyak lagu best dalam cd yg aku beli.wahauahau.best.

ni ade gamba sket kat jakarta.




oriteeeeeeeeeeeee.ke airpot!sempat amek gamba dulu ngan akak receptionist kat apartment dulu.betolak ke airpot.naik kapai terbang.sampai malaysia.

it was a greaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat trip!

thanks semua.
thanks elynn.
tadak elynn,ADA bandung trip.hahha.
terima kasih elynn!!

ceritera bandung

5th day

arini last kat bandung.pagi terakhir.ucapkan selamat tinggal kat ibu noor,tuan punya tempat penginapan kami.sedey la jugak.





hahhhhhhhhhhhhhhhh.pagipagi lagi dah ke jakarta.takde la pagi sangat kan,haha.around 9 am camtu la senang cakap.hehe.tak machet sangat.machet tu jem la.ahha.lucky!around 3,we split up and pegi 2 tempat.yap,ron ngan helmi p mall.aku,elynn,laini,wan stephen,syam dugong,masboy ngan masyeen sani ke mangga 2 macam pekan rabu[aloq staq] dah tempat ni.bought some stuff gak kat situ.kain batik ngan pelekat for mama dan abah terchentaaaa.weewit.ilebiu.

kalau tadi tak machet,amek hang,petang masa nak balik ke apartment,aston rasuna residence,jem baikkkk punya.3 jam woi dok dalam taksi.tak serabut pon kepala otak.kereta kirikanan.dengggggggggggggggg.terbaik.terbaik.u turn je,dah dekat 1 jam.u turn je weh.tahi dia.gila ka apa.driver taksi pon givap.haha.dia TAU nak buat apa.

sampaisampai,lapaq.hah.yelaah.tak sempat makan sebelum balik tadi.dahtu kat sana plak mall tutup kol 9.apa lagi.megi la.beli megi kat mart apartment,makan.hah.SEDAP.rasa cam apa tah.haha.aku tido atas lantai malam tu.ohmyGod.sejuk.tak cukup tempat tidur sebenarnya.tu yg tido atas lantai tu.haha.takpala.bercuti punya pasai,aku sanggup.

malam!

ceritera bandung

4th day

hargh.hari ke-empat sudah.pantas masanya berjalan.kami?jalanjalan terusssssss.kami ke paris van java.cantik tempat ni.macam kat oversea dah.eh.i am over the sea.haish.melalutmelalut.maafkan saya.





tak jumpa jugak apa yang dicari.pening betui aku.malamnya,kami berjalan sekitar hotel.kat riau junction punya area.jumpa yang di cari..kot?haha.sorila dear,ntah suka ntah tak,ive try my best.balik ke hotel,appa lagi.kemas barang la mas!esoknya mau ke jakarta.

ceritera bandung

3rd day




hoyeh.harini pegi panjat gunung.tangkuban perahu namanya.terbek!cantikcantikcantik.haha.yang best nya.aku tatau pon dah sampai situ kene buat jungle treking kebende sume en.haha.dengan jeans,sweater,converse.hah.pakaian terbaik untuk buat treking.hahha.mantappppppppp.rendam kaki dalam ayaq panaih,beli some keychains,a bottle of volcano mud,and a bracelet.



dari situ,kami ke ciwalk!cihampelas walk.hehe.shopping lagi!jyeah.banyak duit kan?BANYAKnya.haha.penatpenat,balik tidur!

ceritera bandung

2nd day


hari kedua di bandung, was a tiring day.aku confius pada awal pagi.haha.sedar dari tidur pukul 6 pagi,dah cerah cam kol 9 pagi.hahhhhhhhh.confiusconfius.tp takpe.satu hari pegi shopping!sume sploh orang kami melewati jalanjalan di area dago,aku culture shock.haha.murah banget!factory outlet la katakan.i got myself 2-3 helai tshirt,and some for my adik adik.kami berjalan sepanjang dago street.jyeah.jalan.semangat.haha.tunggu la masa balik nanti,tak macam cacing pon sorangsorang.dengan bagbag plastik,terus naik angkutan balik.haha.LARAT nak jalan.pheeww.



oh,i ate meehun bakso and minum fresh strawberry juice kat sams strawberrry corner.sedap gila,hehe.*drools*


malam nya,pegi pizza hut.saje nak lepaklepak ngan cewekcewek n cowokcowok.kasik chance la wey!haha.adee mbak manis!pheewit.manis je.senyum memanjang.aku lambai kat dia lepas abeh makan.dia senyum,*cair.haha.nak amek gambar ngan dia,tp takut nak tanya.haha.ntah pape kan?i know.*tarik telinga.atleast dia tau kewujudan aku dalam dunia ni kan?hehe.

malam tu,rakanrakan lelaki ke club.tinggal aku elynn laini n boy.yeen pon ada,dia dah turun dah mulamula,tapi dia naik balik.pening katanya.mangkok punya masyeen sani.sembangsembang.aku nak ikoooooot.tp dah ngantok.penat lak tu.maleh jadinya.haish.bile diorang balik,dengar diorang cakap best.shait.nyesal sket tak pegi.haha.ye ah,bile lagi? =P

*tidur

ceritera bandung

first day.


sampai ke jakarta,naik van ke bandung.90 ribu rp seorang.the story starts here.
it was a lonnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnng trip.3-4 jam okeh awakawak semua.dah macam nak ke penang dari kuala lumpur.sakit buntut aku dibuatnya.buntut rakan2 begitu juga rasanya.hahaha.traffic nya,masyaAllah~teruk di kl,terukterukteruk lagi di sana.semak kepala aku.dengan bunyi hon dari kenderaan yg bernama motosikal dan kereta serta lori termasuklah juga bus dan taksi,gila apa.hahha.hon hon
hon.terbaik.


sampai di bandung,we decided to look for more a convenient place to stay in dago area.dah book apartment dah actually,tp nak yang lagi best.so.ape lagi kan?mari bersusah payah!hahahh.kelam kabut la en.kiri kanan kiri kanan kami mencari tempat penginapan,kesian jugak kat driver tu.dia pon semak skali mencari.padan muka dia,sapa soh jadi driver kami.maaf ya pak!anakanak malaysia memangnya banyak yg gini!

caricaricaricaricari,lastlast kami jumpa hotel call rorompok dekat sebelah riau junction.its a house,2 tingkat,macam homestay jugak la.bleh banyang kan?haha.bleh la en.the whole tingkat 2 jadi tempat kami melepak.buat macam rumah sendiri la katakan.NICE.

malamnya,sesi berjalanjalan bermula!ke distro depan umah.indieclothing.tersusun,suma ada kedai sendiri.suka aku.baju pon bestbest.suka aku.hahha.dapat selai baju.aku suka la en,aku ni dah la cerewet tahap dewa sikit.pehtu,dah lapaq,kami p makan nasi itam.nasi kalong kalau tak salah.haha.adoi,dah lupa plak nama nasik tu.ish aku ni.sedapppppppppppppppppppppppppppppp!baik punya.haha.
dah kenyang,apa lagi?sembangsembang dan tido!

Friday, October 31, 2008

ke bandung yuk!

hahha.oh yeah.im going for a holidayyyyy.dengan kawankawan.

destinasi : jakarta & bandung
tempoh : tiga - lapan november

doakan kami pergi dan pulang dengan selamat yeah!

oh.do miss me!hahah.

Saturday, October 25, 2008

harini birthday aifaa!

cik aifaa,

happy birthdayyyy!!

selamat hari jadi,
moga dipanjangkan umur,
dimurahkan rezeki,
idop senang,
cepat kawen?

=P

happy birthday dear!

^_^

Friday, October 24, 2008

kan best,kalau....

kalau

ada orang datang nak tegor kita,
dan orang yang datang tu
kita tak puas ati.
kita pendam perasaan marah,
kita benci,
kita tak suka,
kita rasa nak tampar,

dan tanpa segan silu,
dengan tidak beradap,
dengan rasa tidak berdosa
dan
dengan rasa tidak bersalah,

kita tgk kat dia,
kita jerit.

jerit apa?

FUCK OFF!!!

alangkah best nya. kalau aku buleh buat camtu.

*aman terlibat sama dalam post nih.

what irwan effendy means?


You tend to be pretty tightly wound. It's easy to get you excited... which can be a good or bad thing.

You have a lot of enthusiasm, but it fades rather quickly.

You don't stick with any one thing for very long.

You have the drive to accomplish a lot in a short amount of time.

Your biggest problem is making sure you finish the projects you start.


You are wild, crazy, and a huge rebel.

You're always up to something.

You have a ton of energy, and most people can't handle you.

You're very intense.

You definitely are a handful, and you're likely to get in trouble. But your kind of trouble is a lot of fun.

You are very charming... dangerously so.

You have the potential to break a lot of hearts.

You know how what you want, how to get it, and that you will get it.

You have the power to rule the world. Let's hope you're a benevolent dictator!

You are usually the best at everything ... you strive for perfection.

You are confident, authoritative, and aggressive.

You have the classic “Type A” personality.

You are very intuitive and wise.

You understand the world better than most people.

You also have a very active imagination.

You often get carried away with your thoughts.

You are prone to a little paranoia and jealousy.

You sometimes go overboard in interpreting signals.

You are friendly, charming, and warm.

You get along with almost everyone.

You work hard not to rock the boat.

Your easy going attitude brings people together.

At times, you can be a little flaky and irresponsible. But for the important things, you pull it together.

You are loving, compassionate, and ruled by your feelings.

You are able to be a foundation for other people... but you still know how to have fun.

Sometimes your emotions weigh you down, but you generally feel free from them.

You are balanced, orderly, and organized.

You like your ducks in a row.

You are powerful and competent, especially in the workplace.

People can see you as stubborn and headstrong.

You definitely have a dominant personality.

You are a free spirit, and you resent anyone who tries to fence you in.

You are unpredictable, adventurous, and always a little surprising.

You may miss out by not settling down, but you're too busy having fun to care.


try this one!

What's Your Name's Hidden Meaning?

Thursday, October 23, 2008

tage by my chacha

1. Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now.
2. Don't change your clothes, don't fix your hair... just take a picture.
3. Post that pcture with NO editing.
4. Post these instruction with your picture.
5. Tag 10 people to do this.



*tgh amek sabun dalam jamban.ngahha


1. aifaa
2. dellina dollyly
3. mama mia
4. michell
5. nisa
6. wanie
7. yunyun
8. fathiah turbo
9. yusz
10. aman drum terbek



hye hoi hehs!

hohhh.
might be an emotional one.

i wanted to say that i love u still,but i cant.
too long maybe?
too soon maybe?

the stuff inside.
yeah.is it still there?
inside?

perhaps?
naahhh~
i just dont know.

and,
you.you.you.
i dont know.
feelings?

heart?
where r u?


p/s
asl belakang aku rasa panas as im typing?

Friday, October 17, 2008

heyhey awak awak

to : awak

okeh.tengs for the kesudian berjumpa dengan saya,appreciate it.
we ate icecream,baca buku kat borders,walk around in the same old queensbay,and minumminum petang.
tima kasih banyak banyak!
hahha.
looking forward to our next meeting!
baibai pak lebai!
:P

from : si pendek

Wednesday, October 8, 2008

ohmyGODDDD!!!!!

hahha.im so happy.senyum sampai ke telinga.hahha
guess what?i just talked to liyana jasmay.yeahhh.liyana jasmay.takde typo.liyana jasmay!

call from pitt' number*

"hello"
"heloooooo irwannnnn"

[terkejut//terdiam//ter'erk'!]

"ni liyana niiiii"

[masih terdiam]

"aaa..ohh.haiii! selamat hari rayaaaaa!"

"selamat hari raya!"

"have u watch KAMI already?"

[sempat lagi dia promote tu]

"belumm!im planning to watch it today"

"okeyy.u should go and watch it k?"

"okeyyy!"

"okeyyy wann.byee!"

gigles*


wuhuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!aku dapat cakap live phone to phone ngan liyana jasmay.haha.peminat kot.maafkan tindak balas aku yg cam tah pape nih.happy!

Tuesday, September 30, 2008

salam lebaran

haaa.mesti dah bleh agak kan kandungan post ni?esk raya.so macam biasalah,nak mintak maaf and all.hehe.so harap bleh maafkan la kan?maafkan ikhlas punya okeh.tamau yg tak ikhlas.haha.

maafkan aku kalau aku
merepek terlebih
buat lawak tak pakai otak
cakap ikot suka
tak miskol
tak reply sms
tak antar komen
panggil korang ikot sedap mulut aku

dan sebagainya lah.

and oh yeh.untuk awak,
terpanggil "dude"
tertido masa sms sambil baring
dan lainlain lah!haha.

aku dah ikhlas abes ni mintak maaf.moga di maafkan.
oriteeeeeeeee peeeepps.

selamat hari raya!

Monday, September 29, 2008

cutii!

hoyehh.im in penang for cuti.
raya raya raya!

happy raya everyone!
mintak ampun dan maaf kalau ada buat salah.
selamat hari raya!

Monday, September 22, 2008

raya

aku dah beli kasut raya!yeayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy!
haha.
saje nak kongsi.
baibai

Tuesday, September 16, 2008

hari marah

harini hari aku tak puas hati,

macammacam benda lah yang aku rasa harini.

nak marah orang,
nak sepak orang,
nak pijak orang,

nak buat sempoi kunun.
shit la oi.like i care.
aku senyum je post entry marah aku ni.

kesimpulannya,
kau boleh pegi mampos.
bukan la mampos like meninggalkan dunia ni kan.aku tak puas ati je.
tak la jahat sangat aku ni,
tp,
pegi la mampos.

Sunday, September 14, 2008

what was i thinking?

cakap sesuatu sesuka hati.
sorry kalau tak sesuai.
haha.
maafkan saya.
lalalala~

Friday, September 12, 2008

perut oh perut

haarrgghhh.
tu je bunyi yg aku dok pikiaq.
saket perottttt.

ntah ape bende aku makan.tak abehabeh sakit lagi.
adoyai.nak makan ubat,bulan puase plak kan.memang tak dapat ah.
nak tido,lagi la tak dapat.aku kat opis kot.suke suke je nak tido, memang kene lempang ah.
makan sikit,org cakap aku kurus,makan banyak,saket perot pulak!

oh haha,btw,baru sedar,2 post aku dah berkenaan dengan makanan je.haha.

Sunday, September 7, 2008

makan makan makan

hahah. ive been eating like a lembu bila bukak puasa,
its not like im that hungry though.

saje je nak makan,
rase nak mengunyah.
wiwiT!

Thursday, September 4, 2008

di dalam,tak siapa tahu kan?

it’s in here.

in the basement.

sampai bila ?

i don’t know.

i really would like to talk about something to someone

masalahnya,

i always keep something within me.

segala masalah, segala kemarahan, segala sakit hati,

aku simpan dalam diri aku.

i feel like crying sometimes.

dengan harapan,

airmata boleh hilangkan segala rasa di dalam diri ni.

tapi aku tahu,

tak semudah itu kan?

Tuesday, September 2, 2008

hahaha.klaka.


hahaha,haa.ape ape?

Sunday, August 31, 2008

ramadhan

apa salahnya kita berubah di bulan Ramadhan,
dari kita tak berubah langsung?

some useful info

Six ways to make people like you

1. Become genuinely interested in other people

2. smile

3. Remember that a person's name is to that person the sweetest and most important sound in any language.

4. Be a good listener. Encourage others to talk about themselves.

5. Talk in terms of the other person's interests.

6. Make the other person feel important - and do it sincerely.

Saturday, August 30, 2008

blablabla

banyak yang nak aku luah kan.
banyak sangat.

macam macam lah.
nak cakap pasal tu,
nak cakap pasal ni,

bleh break down oh.

we don't know what's inside until we take it out rite?



botol kosong

irwan,

will u move on?
gerak rak rakkkk~!

yang abes dah abes.
yang tak sempat sampai separuh jalan,
yang itu dah abes
yang berhenti separuh jalan,
yang itu pun dah abes.

now?
ape?

Monday, August 25, 2008

terima kaseh

di sini,saya, md irwan effendy md salim,
ingin mengucapkan ribuan terima kaseh kepada kawan kawan,sahabat sahabat, adik adik, abang abang, dan jugak kakak kakak,terima kaseh banyak banyak,yang wish birthday aku,tima kasehhh banyak banyak.kepade housemates d23aa dan housemates umah lagi satu, 93ab[kot] tima kasehh sambut besday~terharu i okehhh~!tak lupa jugak kepada office2 mate yg teeeebeeeekkkkkkkkkkk~!thanks for the card and ucapan korang.malu i oh.blushing lagi.segan kottttt~!


oh yeh!being 21 is no so bad eh?

thanks!
[^_^]

Sunday, August 24, 2008

hoi.

i might not be the best.
tp,
(:

oh.saket mata!blurry je ni.ciss.

Wednesday, August 20, 2008

look look look


amacam.terbaik tak rambut?hahha.

Tuesday, August 19, 2008

and so,

happppppppppppppppppppyyyyyyyyyyyyyy birthday untuk akuuuuuuuuuuu!!!!!

im 21 already.
pfft.
tp takpe.masih muda dan kacak!

*juga kepada nad dan nabila dan naqi dan pengetua skolah aku dulu! happy birhtday korang!

Monday, August 18, 2008

hati?

Dia cakap dia nak hati dia balik,
Tapi dia sendiri tak tahu
Dimana hatinya
Pada siapa hatinya
Kemana hatinya
So cemana?

*countdown!

Sunday, August 17, 2008

woof woof

hehe.rasa nak bercerita.

bangun kol 10.pfft.kalo mama aku tau, abeh aku.cadangnye harini hari 'bersama kereta'.haha.nak bawak kete aku pegi servis, pegi cuci dan pegi make up sket.kesimpulannye aku pegi abeskan duit lah.haha.kol 11,aku naik tinggat dua.tgk ronal.tp dia tadak.demmm.plan lari.ronal p mabok2 tak balik2.aku pon tepon la dia.then dia balik.kami gerak ke puchong.area puchong perdana.pusing pusing.dan pusing lagi.pegi tukar nomo plate kete dulu.kasik lain sket.haha.then, pegi kedai ekzos.nak cari muffler tip.alah~kepale ekzos tu.dapat.terus pasang.last kali aku pegi kedai amoi korea,nak servis kereta.haaa.dekat sini la ade bende menarik yg dah lama tak jadi,jadi plak.hehe.aku kene serang ngan anjing.tahi betul.takde la serang like dier baling tahi ke ape ke kan, dier tgh lepak2 ngan anak anak beliau,kasik minum susu agaknya,aku tanak ah kacau kan,aku pon lalu la dengan rasa cool dan dengan riak muka yg agak sopan.then..aku perasan, si mak anjin ni jalan pelan2 p belakang aku.then.tetibe,

"woooooffwooof"
"demm"
"wooof wooof grrrwooft"
*mencakar2 tanah dan berlari ke arah aku*
"aaaaaa~~~"
*lompat2*
"wooofwfeoff"
*bunyi agak pelik,saja nak kasik aku takut agaknya*
"hduahdeuhg"
*ntah bunyi ape yg aku keluarkan.haha,takut bodoooooo~*

pehtu dier stop.dier plak yg belagak kool dan pegi kat anak2 dier balik.
demmmm.dah la baru lepas makan, penat gile ah.tahi anjing.ronal duduk jauh2,sambil gelakkan aku.

"tinggi gile doh wan ko lompat tadi"
"bodo kau ni.takkan aku nak duduk bertinggung kasik dier gigit aku kot."
"hahha"
"ahhaha,aku ingat nak kene gigit dah tadi.tak guna.cis."

hehe.kesimpulan nya,semalam aku abes kan duit aku.

muffler tip - rm 120
noplate baru - rm 40
cuci/polish kereta - rm 88
servis kereta - rm 98
makan2 - ntah.

dekat rm 400 gak ah aku abes.pfftt.
ok bai.

updated

flickr updated.
do visit my flickr.

//irwaneffendy

thanks!

^_^

Saturday, August 16, 2008

wishlist

haha.

i would like to have my heart back as my birthday present,

can i?

thanks!

Friday, August 15, 2008

growing up

dengan rasa rendah hati,

aku nak mintak jasa baik

kawan kawan,
adik adik,
akak akak,
sepupu sepupu,
rakan rakan,
sahabat sahabat,
dan lain lain.

tolong,
tolong,
tolong,

jangan contact aku hanya sebab korang
ade masalah,
ade tekanan emosi,
atau
hanya bila korang dalam keadaan susah dengan erti kata lain,
memerlukan bantuan aku.
boleh?

aku tak kisah nak tolong,
aku tak kisah nak mendengar,

tp jgn la kenal aku hanya bila perlu.boley?

Wednesday, August 13, 2008

updated

flickr updated.
do visit my flickr.

//irwaneffendy

thanks!

^_^

Monday, August 11, 2008

tersentak

Tak mudah nak kenal orang rupanya.

Kita senyum,
Kita menangis,
Kita cemburu,
Kita marah,
Kita gembira,
Akhirnya, itu semua pun belum tentu cukup.kan?

Kamu* tentu setuju, anda?


*congrats aifaa!

Saturday, August 2, 2008

ego

Bila aku pikirkan pasal ego, 2 benda “main” yang aku terlintas di fikiran :

Lelaki
Perempuan

Ditanya kepada perempuan,
“ego lelaki tinggi.hati keras macam batu.lelaki ego.”

Ditanya pula kepada lelaki,
“ego?mesti la perempuan lagi tinggi.taknak kalah langsung.”

Ego,

Bagi aku, ia akan somehow memberi kita nilai self esteem dan self confidence yang tinggi. Sangat tinggi.Kita akan rasa kita betul. walaupun sah sah kita salah. Tapi kita akan rasa betul gak.Aku rasa kita tak sedar dengan ego kita sendiri kadang kadang.aku pun ego.kau pun ego. Semua ada ego masing masing. ”level”nya saja yg tak sama.”level ” ego yang tinggi boleh memberikan seseorang tu nilai self importance yang melampau dan tidak diperlukan.

Kenapa?

Ego jawapannya. Ada saja alasan untuk betul. Betul dari org lain.
“aku ego tinggi.aku betul.” Jyeah.seorang idiot akan berkata begitu.kepala otak kau.


Jadi,sape betul sape salah?

Thursday, July 31, 2008

youthsays

suke jawab survey?try this!anda di bayar!







http://youthsays.com/invited_by/12737


extra money oh!

Friday, July 25, 2008

kenapa aku diam?

haaaaa.ini adalah satu informasi buat yang tak tahu, yang lupa, yang konfius dan sebagainya.

kenapa aku diam?

aku diam sebab aku marah.
okeh?
kenapa?
sebab aku marah.

got it?
2 kali aku ulang tu.

Thursday, July 24, 2008

leo

*di curik dari nana's blog.tq nana!

Leo
July 23 - August 22
Possible positive aspects of the sign Leo:

* poised
* confident
* loyal
* sincere
* good organizer
* proud
* dignified
* enthusiastic
* ambitious
* colorful
* self assured
* outgoing
* impulsive
* expansive
* authoritative
* affectionate


You are highly dramatic and like to be center stage. Leo likes luxury and pleasure and is willing to pay the price for it. You expect praise and you give praise.

Possible negative aspects of the sign Leo:

You can be jealous, arrogant, vain, self centered, and a show-off demanding attention. You are flashy, domineering, and snobbish, and have feelings of superiority over others.


haa.
i admit some of the points are true.haha. i am loyal!haha.
suke suke je kan?


p/s: those who kenal aku,ape pendapat korang?cheers~ =)

bored,tired and hungry!

its 6.15pm already.working time is off.pfft.im still in my office.[wahh~ofis aku tu.hihi] got to stay back for tonight futsal practice with the abang abang aka my officemates.

penat oh!
nak je aku baring kat ruang legar di sebelah kiri aku.
the sofa look soooooo lembut.hehe.kesopanan tetap kena jaga okeh.ingat tu anak2.

im hungry.seriously.

"pegi la makan!"
"nak makan kat mane?"
"cafe kat bawah?"
"da tutup la"
"kat luar?"
"luar?bukit jalil?pfft.im not from this area dude"
"carik la!"
"jemm la bodo.time org balik keje ni"
"hah.cakap banyak.berlapar la kau"

tu sesi bercakap dengan diri sendiri.

haha.chow guys!

Tuesday, July 22, 2008

english.

dah sebulah dah abeh.pergh.kejap jer.i wanna converse in English more.ngeh.my English is getting worse. dont even know how to spell simple word sometimes.bengong betoi.
i guess i have tor read a lot?

Wednesday, July 16, 2008

*




*tutup lampu

gelap.
tenang seketika.

*hembus nafas
erk~tesangkut sket.

*ketawa
haha.lawak gak.

*berfikir
asl ni?tetiba.

*tgk dinding
mana nampak apa!gelap!da tutup lampu kan?

*gelak lagi
haha.tidolah.gudnite!

[gembirake?]
[ketakgembira?]

*senyum

arini, esk dan lusa

arini esok dan lusa.

suma org bercakap tentang cinta.

bila senang

cinta ni best!
cinta ni best oh!
cinta ni best sangat!

bila susah

babi.pening kepala aku!
tak bercinta pon best!
haram.single lagi bagoih!

haha.aku pon pening.
dah lalui kedua dua keadaan tersebut.
tertawa juga aku dibuatnya.
sedeh pun ada.

"cheers~!"

Tuesday, July 8, 2008

tunggu

tungggggggggggggggggguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!

tunggu.itu tajuk nya,
title nya,
hal nya,
dan juga
kata nya.

"tunggu"

tunggu apa?gila?

"tunggu"

tunggu sampai bila?

"tunggu"

tunggu kenapa?

"tunggu"

tunggu untuk apa jadi?

"tunggu"

itu katanya.

"tunggu"

reason nya.

yela,nak makan pon kene tunggu nasik masak.
nak kencing pon nak kena tunggu tank penoh.
nak tido pon kena tunggu mengantok.

tp,
kenapa tunggu kalo nak?

awat tunggu kalau mau?

"tunggu"

hah.tunggu la sampai bilabila.
jangan menyesal sudah.

it will lose its color somehow.

tunggulah~!

Monday, July 7, 2008

the cat

last 2+ days, i ask ecah's housemate about the cat.
diorang jaga the kitten.

"dier dah tak hiss hiss org dah"
"dier dah main main ngan kitten lain dah"
"dier minum susu"

dan apa yg aku dapat pikir,kitten tu dah makin gembira.

"yeay!"
"dier dah tak hiss hiss org dah?gud gud"
"gud progresss!!"

kataku.

and now.

today,

aku dapat berita baru.
a sad one.
a very sad one.


"cristy died.",
kata ecah.

and i was like..

"aaaaaa???ye keeeeee?!"

aku sedeh.
sedeh sangat.

"my housemate cakap dier jadik lembek lepas makan ubat nerve."

Ya Allah..
padahal sebelum tu dier sihat jer..
dah bleh main2..
sedeh weh.
nak nangis pon ade gak nih.
kitorang jumpe dier tepi jalan,
bawak dier balik umah,

kalo betul la sebab makan ubat tu dier mati,
baik tayah makan ubat!

"bodo punya doktor."
"dia tak check betool2 ker?"
itu yg bermain di minda aku.

argh!

Monday, June 30, 2008

kisah hari sabtu


Yeahhhh.semalam..or kelmarin.semalam ataupun kelmarin la kan.tatau lah.aku org utara.ada lain sket dengan pemahaman org disini.[kolompo/siberjaya] =D

Takpe.yg pastinya.aku dah ade pengalaman separuh bogel kat tepi jalan sambil diperhatikan oleh kereta2, lori2, teksi2 dan abang2 indo buruh.baru aku tau perasaan depa panaih2 bukak baju.pergh.tak best sungguh.

Berbalik kepada cerita asal.

Waktu: 12 lebeh pm.

Kenape kuar umah : nak pegi makan la.lunch time kot.lapaq.

Ape yg berlaku :

Haaaa.ni la nak habaq[bagitahu].camni kisah dia..aku noa runal dan azwan.nak p makan kat alamanda.on the way tak sampai 11 minit,kami sampai kat junction nak kona[corner] kanan.depan petronas tu haa~[kepade sesape yg dok area siber.]

Breakdown of apa yg berlaku time kat junction :

1. Dari jauh kelihatan sebuah kereta besar.kale kuning.takde ruang blakang tuh.apetah nama kereta tersebut hamba tatau.

2. tiba2 ada benda macam bergerak2 depan kereta tu. Aku ingat tupai. Tp dalam kepala aku,”awat besaq sangat tupai nih?”

3. sampai di tempat kejadian, tekejut beruk kami satu kereta.ada seekor anak kucing yg bakanya mungkin parsi,sedang mengesot macam seekor anjing laut di atas tar yg sangat panas.kami berenti dan noa berlari kearah kucing tersebut.

4. noa bingung.tidak tahu apa yg patut dilakukan. Beliau menggaru2 kepala. Tiba2 telepon aku berbunyi. ”weh wan.dia marah dowh.” Aku teroih keluaq dari kereta aku sambil diikot oleh azwan dan berlari kearah noa yg masih bingung di tepi jalan.

5. “kgeeehhhsss” kucing tu buat bunyi nak kasik kami takut dan mungkin ingat kami nak lari. “dier kene langgar dowh!”..”tgk kaki dier.”..”eh.tula!weh,sakit nih.” Aku reply. Tiba2 ronald sampai dan cuba nak menperdajalkan kucing tu seperti yg dia buat pada kucin2 biasa.”woihhahah.babiii.tekejut aku” katanya setelah dijerkah oleh kucing tuh.”bodo” kataku.

6. kami masih bingung.”nak buat apa ni woih?”…”kalo tinggai,kita rasa bersalah seumur hidup nih” kataku menyedari yg keadaan pada ketika tu akan meninggalkan stu titik dalam perjalanan idop kami. Kucing tu cuba lari.tak lari la.mengesot menggunakan kaki depan yg masih kuat.

7. “anak hariiimaaauuu~!“ marah ku. Aku bukak baju. Nak tangkap anak kucing tu guna tangan, kang aku yg masuk ospital.”takpeke baju ang ni wan?” noa kata kat aku. “takpaaaaa~!” dengan machonya aku reply.

8. di pendek kan cita sket,aku soh azwan ngan ronal p balik umah amek kotak dan makanan serta minuman sket untuk kucing tuh.”muka dia trauma gile weh!” kata noa. “tulah.babi.sapa yg buang nih?cibai.kalo aku Nampak dia dok mai carik2 balik kucing nih,aku pukui dia noa.seryes.bodo nak mati” marah gila aku time tuh.nak buang pon pegi la buang kat tempat yg betoi. SPCA ada.apa guna?antaq la kat depa kalo tamau kucing2 tuh.depa bleh jaga!

9. aku masih marahkan org yg membuang kucing tu sambil noa cuba tenang kan kucing tu.kesian gila kat kucing tuh.oh.lupa plak nak mention.kucing tu masih lagi kitten, maybe..dalam 3-4 bulan kot.kot la.aku pon tatau besday dier bila.tp dia dah besaq la,tk macam baru dilahir kan.dah pandai mengesot. Semangat untuk survive kucing tu sangat tinggi.kesian weh.kesian.

10. “kaki dia patah ni wan,” noa kata. “adooiihhh.nak buat apa ni noa?” kataku sambel menelefon mak aku.”antaq dia p klinik!”kata mak aku yg lagi la sayang kucing.ada 15 ekoq kot kucing parsi kat umah!mau dia tak soh aku bawak p vet?

11. “kita antaq p umah ecah”.”dia bleh jaga ka noa?”kata ku. “umah dia ada banyak kucing gak” “okeh.jom” “boh dia dalam kotak tuh.” “awat kecik sangat kotak ni azwannn~!” dia gelak.tak jumpa kotak besaq sket agak nya. Runal amek sebijik whiskas, pehtu baling kat kepala kucing tadi. “bodo” lagi skali dia kena bodo ngan aku.haish.

Pehtu kami pon antaq la anak kucing comel berwarna perang,bermata biru,masih terbeliak sebab takut tu p umah ecah.sebelum kuaq kereta,”chris brown weh wan.” Kata azwan ngan runal. “hahhaha” aku ngan noa gelak.bengong budak2 nih.

Nanti aku sambung apa yg jadi.panjang sangat dah nih.kang korang tak bace plak.ahah.