Monday, June 30, 2008

kisah hari sabtu


Yeahhhh.semalam..or kelmarin.semalam ataupun kelmarin la kan.tatau lah.aku org utara.ada lain sket dengan pemahaman org disini.[kolompo/siberjaya] =D

Takpe.yg pastinya.aku dah ade pengalaman separuh bogel kat tepi jalan sambil diperhatikan oleh kereta2, lori2, teksi2 dan abang2 indo buruh.baru aku tau perasaan depa panaih2 bukak baju.pergh.tak best sungguh.

Berbalik kepada cerita asal.

Waktu: 12 lebeh pm.

Kenape kuar umah : nak pegi makan la.lunch time kot.lapaq.

Ape yg berlaku :

Haaaa.ni la nak habaq[bagitahu].camni kisah dia..aku noa runal dan azwan.nak p makan kat alamanda.on the way tak sampai 11 minit,kami sampai kat junction nak kona[corner] kanan.depan petronas tu haa~[kepade sesape yg dok area siber.]

Breakdown of apa yg berlaku time kat junction :

1. Dari jauh kelihatan sebuah kereta besar.kale kuning.takde ruang blakang tuh.apetah nama kereta tersebut hamba tatau.

2. tiba2 ada benda macam bergerak2 depan kereta tu. Aku ingat tupai. Tp dalam kepala aku,”awat besaq sangat tupai nih?”

3. sampai di tempat kejadian, tekejut beruk kami satu kereta.ada seekor anak kucing yg bakanya mungkin parsi,sedang mengesot macam seekor anjing laut di atas tar yg sangat panas.kami berenti dan noa berlari kearah kucing tersebut.

4. noa bingung.tidak tahu apa yg patut dilakukan. Beliau menggaru2 kepala. Tiba2 telepon aku berbunyi. ”weh wan.dia marah dowh.” Aku teroih keluaq dari kereta aku sambil diikot oleh azwan dan berlari kearah noa yg masih bingung di tepi jalan.

5. “kgeeehhhsss” kucing tu buat bunyi nak kasik kami takut dan mungkin ingat kami nak lari. “dier kene langgar dowh!”..”tgk kaki dier.”..”eh.tula!weh,sakit nih.” Aku reply. Tiba2 ronald sampai dan cuba nak menperdajalkan kucing tu seperti yg dia buat pada kucin2 biasa.”woihhahah.babiii.tekejut aku” katanya setelah dijerkah oleh kucing tuh.”bodo” kataku.

6. kami masih bingung.”nak buat apa ni woih?”…”kalo tinggai,kita rasa bersalah seumur hidup nih” kataku menyedari yg keadaan pada ketika tu akan meninggalkan stu titik dalam perjalanan idop kami. Kucing tu cuba lari.tak lari la.mengesot menggunakan kaki depan yg masih kuat.

7. “anak hariiimaaauuu~!“ marah ku. Aku bukak baju. Nak tangkap anak kucing tu guna tangan, kang aku yg masuk ospital.”takpeke baju ang ni wan?” noa kata kat aku. “takpaaaaa~!” dengan machonya aku reply.

8. di pendek kan cita sket,aku soh azwan ngan ronal p balik umah amek kotak dan makanan serta minuman sket untuk kucing tuh.”muka dia trauma gile weh!” kata noa. “tulah.babi.sapa yg buang nih?cibai.kalo aku Nampak dia dok mai carik2 balik kucing nih,aku pukui dia noa.seryes.bodo nak mati” marah gila aku time tuh.nak buang pon pegi la buang kat tempat yg betoi. SPCA ada.apa guna?antaq la kat depa kalo tamau kucing2 tuh.depa bleh jaga!

9. aku masih marahkan org yg membuang kucing tu sambil noa cuba tenang kan kucing tu.kesian gila kat kucing tuh.oh.lupa plak nak mention.kucing tu masih lagi kitten, maybe..dalam 3-4 bulan kot.kot la.aku pon tatau besday dier bila.tp dia dah besaq la,tk macam baru dilahir kan.dah pandai mengesot. Semangat untuk survive kucing tu sangat tinggi.kesian weh.kesian.

10. “kaki dia patah ni wan,” noa kata. “adooiihhh.nak buat apa ni noa?” kataku sambel menelefon mak aku.”antaq dia p klinik!”kata mak aku yg lagi la sayang kucing.ada 15 ekoq kot kucing parsi kat umah!mau dia tak soh aku bawak p vet?

11. “kita antaq p umah ecah”.”dia bleh jaga ka noa?”kata ku. “umah dia ada banyak kucing gak” “okeh.jom” “boh dia dalam kotak tuh.” “awat kecik sangat kotak ni azwannn~!” dia gelak.tak jumpa kotak besaq sket agak nya. Runal amek sebijik whiskas, pehtu baling kat kepala kucing tadi. “bodo” lagi skali dia kena bodo ngan aku.haish.

Pehtu kami pon antaq la anak kucing comel berwarna perang,bermata biru,masih terbeliak sebab takut tu p umah ecah.sebelum kuaq kereta,”chris brown weh wan.” Kata azwan ngan runal. “hahhaha” aku ngan noa gelak.bengong budak2 nih.

Nanti aku sambung apa yg jadi.panjang sangat dah nih.kang korang tak bace plak.ahah.

Wednesday, June 11, 2008

kalau

"sand clock" kata noa.

hah.
nak balik kan masa?
masa itu emas.

emas itu..bukan masa kot.

cuba try beli jam pasir yg dalam botol tuh.
jam yg ada pinggang ramping.

jam pasir lah!
lupe pula aku ape name betol jam tuh.cis.

cubalah.
kalau kalau ia mampu nak balikkan masa.
kalau la kan.

kalau.

oooops.terasa plak aku.

anak itik tokwi mandi dalam kolam

hah.
dulu marah aku,
sebab apa?
sebab aku kacau,

kacau?
kalo tak layan,
tak kacau la kan,

baik,
rapat.
rapat gak la.
baru nak rapat sket lagi,
dah kena halau,

shuuh.
katanya.
takla dia kat "shuuh"..jahat sangat tu.
tak sekejam itu budak tuh.
tp kejam gak aa kan.
baru nak berkawan,
dah disuruh berenti.

"stop"
katanya,
stop.
berenti.
"dont contact me ever again"
lebeh kurang camtula ayat dia.

jangan kontek dah ok?
aku terkedu.
pfft?
wtf?
apahal?
apa aku buat?

"habaaqq mai sattttt~"
kata aku dalam bahasa inggeris.
"what did i do wrong??"
bisik hatiku tika itu.
"hah?amende aku dah buat?"

dia beri penjelasan.
berbaik semula dengan BF katanya.
aku yg di buang?
aku?
"oh.okeyh.."
aku membalas.
terdiam lagi.

bai.

Saturday, May 10, 2008

jumpa liyana jasmay.

hahah.arinih aku happy.
pegi jalan jalan kat pavilion,terserempak ngan awek.
awek yg diminati plak tuh.
mana tak happy,
liyana jasmay kot.
haha,
aku update blog arinih sebab beliau.
oh she is soooo sweeeeeeeeeeeeeeettttttt.
comel lak tuh.
and guess what. dier senyum ke arah kami, [ aku tulih "ke arah kami "sebab tak mau malu kalo2 dia senyum kat org blakang kami.haha]
malam nih aku akan tido lenaaa~~

“I almost slipped down the elevator when u smile, at pavilion just now. The one in white,feeeeewwwwwwwwwiiiit!!”


kalo anda terbaca blog nih,msg yeah!

=)

Monday, May 5, 2008

helo

malas nak update. penat2.ahha

Saturday, May 3, 2008

aku

Lahir ku kedunia ini bagaikan satu
Bagai satu..
Bagai satu..
Aaaah aku sendiri tidak tahu
Untuk org tuaku,
Akulah pembantu,akulah pewaris,akulah harapan.
Untuk kawan2ku,
Akulah rakan,akulah sahabat,akulah penghibur.
Untuk aku?
Apakah aku untuk aku?
Aku untuk aku?
Apa itu?
Aku tak mengerti
Ya, aku tidak mengerti.

Friday, May 2, 2008

menulis

Menulis bukan lah aku
Aku tidak tahu menulis
Sekadar mencoretkan rasa hati
rasa sayu,
rasa suka,
rasa duka,
Itulah yg aku lakukan
Hanya itu yg aku mampu
Hanya itu.
Yg tertulis adalah dari aku
Hanya aku.

Monday, April 21, 2008

mencuba

Berlari dan terus berlari
Hendak mencapai tidak terdaya
Hanya mampu mengejar
Dan terus mengejar..
Sekiranya aku gapai
Adakah ia milik ku?
Adakah ia aku yg punya?
Adakah dapat aku melakukan sesuatu?
Atau hanya disia2kan saja?
Aku tak tahu..
Sungguh..aku tak tahu
Apa yg boleh aku katakan
Biarlah aku mencuba
Biarkan aku berlari bersama2nya
Berikanlah aku peluang..

Peluang yg takkan aku miliki..

Friday, April 11, 2008

kamu

Beranikan diri untuk merentasi
Tanpamu ini tidak akan terjadi
Seperti angin yang meniup
Kau lah semangatku,
Nyawaku,
Punca hidupku.
Dan aku yg masih disini
Menanti dan terus menanti.
Untuk menjadi sepertimu,
Menjadi yang terbaik,
Yang terhebat,
Yang satu,
Sepertimu,
Hanya sepertimu

Wednesday, April 2, 2008

setahuuuuuuunnnnn!

setahun aku hilang,
setahun aku pergi,
setahun aku tiada.

setahun
setahun
setahun

where are you?
cant see you
yes, i cant see you.
haha,
senyum lah.ketawa.gelak.
aku masih di sini.

ada
tiada
sakit
kerja
musik
grafik

jyeahhh,
dah stahun.

selamat berkenalan kembali.