Monday, April 21, 2008

mencuba

Berlari dan terus berlari
Hendak mencapai tidak terdaya
Hanya mampu mengejar
Dan terus mengejar..
Sekiranya aku gapai
Adakah ia milik ku?
Adakah ia aku yg punya?
Adakah dapat aku melakukan sesuatu?
Atau hanya disia2kan saja?
Aku tak tahu..
Sungguh..aku tak tahu
Apa yg boleh aku katakan
Biarlah aku mencuba
Biarkan aku berlari bersama2nya
Berikanlah aku peluang..

Peluang yg takkan aku miliki..

Friday, April 11, 2008

kamu

Beranikan diri untuk merentasi
Tanpamu ini tidak akan terjadi
Seperti angin yang meniup
Kau lah semangatku,
Nyawaku,
Punca hidupku.
Dan aku yg masih disini
Menanti dan terus menanti.
Untuk menjadi sepertimu,
Menjadi yang terbaik,
Yang terhebat,
Yang satu,
Sepertimu,
Hanya sepertimu

Wednesday, April 2, 2008

setahuuuuuuunnnnn!

setahun aku hilang,
setahun aku pergi,
setahun aku tiada.

setahun
setahun
setahun

where are you?
cant see you
yes, i cant see you.
haha,
senyum lah.ketawa.gelak.
aku masih di sini.

ada
tiada
sakit
kerja
musik
grafik

jyeahhh,
dah stahun.

selamat berkenalan kembali.

Saturday, April 14, 2007

renungan

hidup ini umpama langit yang tidak selalunya cerah
umpama awan yang tidak selalunya putih
ingatlah,
bintang tidak selalu berkedipan
rumput tidak akan selamanya hijau
pelangi indah pasti akan hilang
jangan.
jangan jadikan dirimu seperti rama-rama yang cantik
namun akhirnya menjadi perhisasan di dinding.
jangan jadikan dirimu umpama lipan dan kala yang berbisa
namun akhirnya menjadi hiasa jua.
jadilah,
umpama matahari yang membakar diri demi menyinari insan sejagat
umpama bulan yang menerangi malam yang gelap gelita

Sunday, March 11, 2007

bunga

"bunga bukan sekuntum,
kumbang bukan seekor"

seandainya aku keseorangan,
akan ku cari sekuntum bunga,
untuk menemaniku..
biarpun kebanyakan bunga sudah bersinar,
bersinar dengan cahaya kebahagiaan,
aku yakin dan pasti..
pasti ada sekuntum untukku,
hanya untukku,
pasti ada sekuntum yg akan menjadi milikku..
insyaAllah..

Saturday, December 16, 2006

and let the words talk

dear kawan baru,
helloo..nama aku irwan..aku nih tak reti nak luah kan perasaan dengan bercakap..huhu..cacat kan?bukan tatau cakap..tp tak reti la.ko gelak kan aku eh.tak gune..huhu..okok///start dari ari nih..aku akan taipkan aper yg aku rasa..bukan semua la..mampos ah kalo bagitau suma.tak jadi rahsia laa.hahaha...k..k..bubai!